Private Trip

Indonesia: Batam (Bintan - Tanjung Pinang - Pulau Penyengat)

BintanTanjung PinangPulau Penyengat
Pilih pakej anda
  • Pengangkutan persendirian (private transport) sepanjang trip
  • Tiket penerbangan tidak termasuk

Aktiviti dan Tempat yang Menarik

Welcome to Batam Sign
Welcome to Batam Sign
Raja Haji Ali Muzium
Raja Haji Ali Muzium
Sand Dunes Blue Lake
Sand Dunes Blue Lake
Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah
Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah
Masjid Cheng Ho
Masjid Cheng Ho
Seafood Lunch
Seafood Lunch
Masjid Sultan Riau Grand
Masjid Sultan Riau Grand
Nagoya Hills
Nagoya Hills

Highlight Pakej

Airport transfer menggunakan private transport
Pengangkutan persendirian (MPV) sepanjang trip
Tour guide muslim

Itinerari Harian

HARI1
KETIBAAN DI BATAM
  • 08:00 pagi – Berkumpul di Terminal Feri Pasir Gudang.
  • 09:00 pagi – Bertolak ke Batam.
  • 10:00 pagi – Dijangka tiba di Harbor Bay, Batam.
  • Urusan imigresen dan pengaturan kad SIM.
  • Pertukaran mata wang di salah satu tempat yang menawarkan kadar terbaik di Batam (atas permintaan).
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Solat dan sesi bergambar di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah.
  • Melawat dan bergambar di sekitar Jambatan Barelang.
  • Daftar masuk hotel untuk berehat dan menyegarkan diri (tertakluk kepada kekosongan bilik).
  • Singgah bergambar di Masjid Cheng Ho.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Sesi bergambar di kafe-kafe viral seperti De Sands (Santorini Batam), Level Up, Pink Sand dan lain-lain (kos sendiri).
  • Aktiviti bebas selepas kembali ke hotel (urut, karaoke, kafe atau pusat beli-belah).
HARI2
JELAJAH BATAM
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak ke papan tanda WELCOME TO BATAM.
  • Melawat Muzium Raja Haji Ali.
  • Membeli-belah produk istimewa Batam seperti kek Luti Gendang dan kek buah naga di AnnisaAulia.
  • Menuju ke Istana Basa Pagaruyung di Batam.
  • Membeli kek lapis halal di Tiara Cakery Batam.
  • Menonton persembahan tarian kanak-kanak kampung Melayu tradisional (tertakluk kepada ketersediaan).
  • Makan tengah hari makanan laut di restoran tempatan, termasuk mencuba hidangan istimewa Batam iaitu siput gonggong.
  • Solat jamak di Masjid Tanjak.
  • Membeli cenderamata dan produk tempatan Batam seperti pakaian, rantai kunci dan makanan ringan di Batamia.
  • Menikmati pemandangan bandar dari Menara MJA (sumbangan IDR10,000 / RM3).
  • Membeli-belah barangan tiruan (copy ori) di Nagoya Hill atau Old Nagoya.
  • Membeli-belah di DC Mall untuk barangan seperti pakaian solat, tudung dan sebagainya.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Aktiviti bebas selepas kembali ke hotel.
HARI3
TANJUNG UBAN & PULAU PENYENGAT
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Menaiki bot laju menuju ke Tanjung Uban.
  • Melawat dan bergambar di Sand Dunes (Bukit Pasir) dan Blue Lake (Tasik Biru).
  • Melawat makam Daeng Marewah dan Daeng Celak (jika masa mengizinkan).
  • Melawat pasar basah di Tanjung Pinang untuk membeli barangan kering seperti ikan bilis, ikan masin, keropok dan sebagainya.
  • Menaiki bot kayu menuju ke Pulau Penyengat.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Lawatan sekitar Pulau Penyengat.
  • Solat jamak di Masjid Raya Sultan Riau yang dibina menggunakan putih telur.
  • Melawat makam Engku Hamidah dan Raja Haji Ali.
  • Melawat makam Raja Haji Fisabilillah dan Habib Sheikh bin Alwi Asegaf.
  • Melawat Balai Adat Tradisional (peluang bergambar dengan pakaian tradisional Melayu).
  • Kembali ke Batam dengan menaiki feri.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Aktiviti bebas.
HARI4
JELAJAH BANDAR PADANG & BERTOLAK PULANG
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Aktiviti bebas sebelum daftar keluar hotel.
  • Urusan tiket dan imigresen. Peluang untuk makan atau membeli-belah saat akhir.
  • Bertolak pulang ke Johor pada jam 11:30 pagi atau 3:30 petang.
  • Tiba di Jeti Johor dengan membawa kenangan indah dari Batam.
  • Selamat tinggal Batam, Indonesia!

Tarikh Berlepas

Tarikh fleksibel. Pakej Private Trip boleh berlepas pada tarikh pilihan anda. Nyatakan tarikh dalam borang inquiry dan kami akan semak kekosongan.

Termasuk & Tidak Termasuk

Harga termasuk

  • Tiket feri pergi dan balik.
  • Cukai pelabuhan (Johor) & cukai pelabuhan (Batam).
  • 3 kali sarapan pagi, 3 kali makan tengah hari & 3 kali makan malam.
  • Penginapan selama 3 malam di hotel bertaraf 3 bintang.
  • Pengangkutan berhawa dingin (Batam & Bintan).
  • Khidmat pemandu pelancong Batam (minimum 10 orang).
  • Khidmat pemandu pelancong muzium (tertakluk kepada ketersediaan).
  • Khidmat pemandu pelancong Bintan (minimum 10 orang).
  • Tip untuk pemandu pelancong Batam & Bintan.
  • Perjalanan menaiki bot laju dari Punggur ke Tanjung Uban.
  • Perjalanan menaiki bot tradisional ke Pulau Penyengat.
  • Pengalaman menaiki beca roda tiga di Pulau Penyengat (1 beca untuk 2 orang).
  • Tiket feri dari Tanjung Pinang ke Batam.
  • Tiket masuk ke Jambatan Barelang, Muzium Raja Haji Ali, Sand Dunes & Blue Lake.
  • Air minuman di dalam bas (setiap hari).
  • Ketua rombongan (Tour Leader).

Tidak termasuk

  • Perbelanjaan membeli-belah.
  • Insurans perjalanan.
  • Caj tambahan musim puncak, jika berkenaan (RM100 sebilik untuk setiap malam).

Butiran Harga

KategoriMin. 4Min. 6Min. 8
Dewasa12 tahun ke atas———
Kanak-kanak dengan katil5 – 11 tahun———
Kanak-kanak tanpa katil2 – 4 tahun———
Single supplementPenginapan seorangTambahan RM… seorang / trip
Kanak-kanak bawah 2 tahun0 – 23 bulan—

Harga seorang. "Min." ialah bilangan minimum peserta dalam satu kumpulan.

Nota Penting

  • Pasport mesti sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas.
  • Itinerari boleh berubah mengikut cuaca dan keadaan semasa.
  • Harga tertakluk kepada perubahan kadar tukaran wang dan cukai lapangan terbang.
Buat Inquiry